Perak Hari Ini

Diskaun Tarif, Pemberian Air Percuma: Perbincangan Hampir Selesai – MB

IPOH: Proses perbincangan antara Kerajaan Negeri dengan Lembaga Air Perak (LAP) bagi melaksanakan mekanisma pemberian diskaun tarif air dan pemberian air percuma kepada golongan sasar kini hampir selesai.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, pengumuman lanjut dijangka dapat dilakukan pada minggu hadapan.

Jelasnya, kerajaan negeri sedang giat membuat penelitian terhadap senarai akaun untuk dimuktamadkan sebagai golongan sasar yang layak mendapat inisiatif air percuma.

“Bilangan golongan sasar akan meningkat. Ini kerana kita mahu bantu lebih ramai orang,” katanya.

Selain itu, ketika diminta mengulas tentang tindakan pengurangan kadar nilai tajaan kepada pasukan bola sepak negeri, Ahmad Faizal menjelaskan kerajaan negeri kini sedang berusaha mendapatkan tajaan daripada beberapa pihak dan agensi swasta lain bagi menampung kos tajaan tersebut.

“Saya mahu kurangkan perbelanjaan daripada LAP, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) kepada pasukan-pasukan bola sepak kita. Kalau boleh kita mahu penglibatan daripada pihak swasta lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri LAP di Casuarina Meru, dekat sini, hari ini.\

Yang hadir, isteri Menteri Besar, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Pengarah Besar LAP, Datuk IR Mohd Yusof Mohd Isa; serta beberapa Ahli Exco kerajaan negeri.

Pada program yang dihadiri 1,300 tetamu itu turut diadakan acara penyampaian Sumbangan Pendidikan Wang Zakat LAP kepada 30 orang penerima yang merupakan anak kepada kakitangan LAP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");