Berita Hari Ini

Dr Boon Chye Tolak Lantikan Timbalan Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR – Kali ini berbeza situasinya, apabila Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye menolak tawaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menempatkannya di posisi Timbalan Menteri Kesihatan.

Dr Boon Chye, 58, yang juga Ahli Parlimen Gopeng menolak tawaran perdana menteri itu kerana mahu meneruskan kariernya sebagai pakar bedah jantung.

Beliau mengakui menerima panggilan daripada Dr Mahathir berhubung lantikan berkenaan namun berhasrat ingin meneruskan kerjanya sebagai pakar bedah jantung di KPJ Ipoh Specaialist Hospital.

“Pembantu perdana menteri hubungi saya, dan saya dengar suaranya, ‘Mahathir di sini’.

“Katanya, beliau membuat keputusan untuk melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan. Saya berterima kasih atas tawaran itu, tetapi saya mahu terus menjadi pakar bedah jantung,” katanya memetik laporan Sin Chew Daily dan Sinar Harian.

Boon Chye, menyatakan, keputusan beliau itu turut disokong oleh isterinya.

Ketika ditanya berkenaan namanya yang masih tertera di senarai Kabinet yang tular, beliau hanya akan mengulas sebaik sahaja menerima surat lantikan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri.

Dr Boon Chye ialah pelajar perubatan Universiti Malaya pada 1980 sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Edinburgh di United Kingdom.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");