Jenayah

Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Tidur

GERIK: Dua anggota tentera yang terlibat dalam operasi di hutan Royal Belum, Banding dekat sini maut manakala dua lagi cedera selepas khemah mereka dihempap pokok dalam kejadian Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa, berkata mereka yang maut dikenal pasti sebagai Koperal Mohd Safuan Hassan, 30 dan Lans Koperal Fahrurozi Abd Manaf, 32.

Mereka yang cedera pula dikenali sebagai Mohd Haizol Kamsiran yang mengalami patah kaki kanan dan Wilian Nisau Atong yang patah paha kanan, katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kedua-duanya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan sementara mayat pula dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan patah beberapa tulang rusuk dan pendarahan dalam paru-paru akibat dihempap pokok, ” katanya lapor Bernama.

Mengulas insiden, beliau kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam ketika kesemua mangsa sedang tidur di dalam khemah berkenaan sebelum dihempap pokok besar yang tumbang semasa hujan dan angin kencang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");