Perak Hari Ini

Dua Syarikat Di Perak Beri Sumbangan RM1 Juta Pada Tabung Harapan

IPOH:Dua syarikat terkemuka di negeri ini iaitu air mineral tempatan Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Sdn Bhd tampil menyumbang sebanyak RM500,000 menjadikan keseluruhannya sebanyak RM1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata dua syarikat yang merupakan produk daripada negeri telah memberikan sumbangan terbesar setakat ini bagi mewakili Negeri Perak.

“Tabung ini telah mendapat sambutan yang luar biasa, tempoh dua hari jumlah derma yang diterima telah mencecah sekitar RM20 juta,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Turut hadir pada sesi penyerahan sumbangan iaitu,Pengarah Eksekutif Spritzer Bhd,Lam Sang,Pengarah R&D Spritzer,Dr Chuah Chaw Teo Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yee Lee Corporation Bhd, Lim Ee Young dan Pengarah Eksekutif Yee Lee Corporation Bhd Francis Chok Yin Fat.

Katanya, Kerajaan diterajui Pakatan Harapan kini tidak memaksa mana-mana pihak dan individu untuk tampil menderma malah ia adalah tindakan sukarela dan tanda patriotik kepada negara.

“Saya menyeru mana-mana pihak yang berkemampuan untuk tampil memberikan sumbangan dan jumlah sumbangan bukan perkara utama kerana yang paling penting adalah keikhlasan,” katanya.

Malah Pengerusi DAP itu juga enggan memaksa mana-mana pihak terutama pemimpin Pakatan Harapan sendiri untuk tampil memberi sumbangan kerana ia adalah sumbangan ikhlas dan boleh dilakukan dengan pelbagai cara tanda patriotik pada negara.

Nga turut mengemukakan lima cara bagi membuktikan sayang kepada negara iaitu pertama membayar cukai yang dikenakan mengikut tempoh yang ditetapkan, tidak merosakkan harta benda awam, menjaga kebersihan alam sekitar, bersatu menentang rasuah dan terakhir semua pihak perlu memupuk semangat bangsa Malaysia.

Sementara itu, Dr Chuah Chawa Teo berkata adalah menjadi satu penghargaan daripada pihak Spritzer untuk tampil menyumbang dan membantu negara.

“Kami harapkan sumbangan ini akan menyuntik semangat dan menggalakkan semua orang tampil membantu mengubah negara kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");