Berita Hari Ini

EAIC Teliti Penahanan Siti Kassim

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan meneliti penahanan peguam dan aktivis Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim untuk menentukan sama ada polis telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) apabila melaksanakan penahanan itu.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi EAIC Datuk A. Aziz A. Rahim berkata agensi itu memandang serius dakwaan mengenai ketidakpatuhan dan penyalahgunaan kuasa oleh polis apabila menahan Siiti Kassim.

“EAIC akan meneliti perkara itu… sama ada benar dakwaan mengenai ketidakpatuhan polis dalam menjalankan tugas dan fungsi mereka.

“Ini selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 28 Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) yang menyebut Suruhanjaya boleh memulakan penyiasatannya sendiri jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu mempunyai kepentingan yang signifikan kepada orang ramai atau bahawa adalah demi kepentingan awam,” kata beliau.

Siti Kasim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 tengah malam Sabtu kerana dikatakan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas berikutan laporan polis yang dibuat oleh seorang peguam yang mendakwa peguam itu telah menculik anak perempuannya yang berusia 24 tahun pada Khamis.

Dia didakwa telah menculik perempuan itu, yang juga anak guamnya, ketika menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang dan kemudian diselamatkan oleh polis di sebuah unit kondominium di Segambut pada malam Sabtu.

Bagaimanapun, polis membebaskan Siti Kassim selepas Mahkamah Majistret menolak permohonan bagi perintah reman. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");