Berita Hari Ini

Enam Laporan Polis Dibuat Berkenaan Zamihan

KUALA LUMPUR: Enam waris tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) telah membuat laporan polis berkenaan pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Zamihan Zin yang memaksa tahanan untuk mengaku salah ketika memberi ceramah sempena Nuzul Quran di Penjara Sungai Buloh pada 31 Mei 2018.

Peguam mewakili enam tahanan Sosma, Faizal Rahman berkata, laporan polis telah dibuat oleh waris-waris pada 9 Jun lalu.

“Menurut mereka, Zamihan bukan sahaja memaksa untuk tahanan-tahanan mengaku salah tetapi turut mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan, hinaan dan melemparkan fitnah kepada beberapa orang pemimpin negara.

“Zamihan turut menghasut Orang Kena Tuduh (OKT) bahawa tiada guna melantik Peguam dan perlu mengaku salah sahaja kerana tahanan memang pengganas,” katanya, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar bersama waris-waris tahanan Sosma di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur.

Faizal turut menambah, siasatan perlu dijalankan berhubung enam laporan polis yang dibuat oleh waris tahanan Sosma.

“Pihak berkenaan perlu mengkaji kembali fungsi dan peranan Zamihan terutama dalam kes Sosma,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");