Perak Hari Ini

Gantung Sampah Di Pokok, Tiang Lampu Masyarakat Ubahlah Mentaliti!

IPOH: Orang ramai dinasihatkan agar mengubah tabiat dan mentaliti membuang sampah merata-rata tempat bagi menjaga kebersihan alam sekitar.

Adun Kepayang,Dr. Ko Chung Sen berkata masih terdapat banyak kawasan yang telah dijadikan tempat longgokan sampah haram dengan timbunan sampah dimerata tempat terutama kawasan perumahan.

“Biarpun pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berulang kali membersihkan longgokan sampah haram namun masih terdapat pihak yang membuang sampah dilokasi yang sama dan masih tiada penguatkuasaan bahawa setiap isi rumah mesti menggunakan tong sampah.

“Kerajaan dan masyarakat perlu bekerjasama untuk membuang sampah cara yang betul menggunakan tong sampah tanpa menjejaskan kebersihan alam sekitar,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, didapati banyak rumah hanya meletakkan semua sampah tersebut di lantai luar rumah mereka di dalam beg plastik kecil hingga mengakibatkan ia digeledah oleh bintang seperti anjing, kucing dan tikus.

“Sampah itu juga mungkin akan terkeluar dari plastik sampah lalu tersebar di seluruh jalan dan juga ditiup oleh angin ke parit hingga menyebabkan banjir akhirnya.

“Mereka juga telah bertindak mengantung sampah tersebut pada pintu atau pokok hinggakan tiang lampu di luar rumah mereka.Ini menjadikan kawasan kejiranan kelihatan buruk dan parit juga tersekat oleh sampah hingga mengakibatkan banjir,” katanya.

Katanya lagi, salah satu punca kepada masalah banjir kilat yang melanda negeri ini adalah disebabkan cara pembuangan sampah yang salah.

“Saya telah meminta supaya perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat exco. Kita perlu meneliti masalah pembuangan sampah dengan betul.

“Saya turut menggesa orang ramai untuk bekerjasama sebaik mungkin dengan menggunakan pendekatan kitar semula selain mengunakan tong sampah dengan betul untuk mengelakkan kehadiran binatang dan serangga selain membantu memudahkan tugas pekerja MBI mengumpulkan sampah tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");