Berita Hari Ini

Guan Eng Akur Kritikan, Akan Guna Mandarin Untuk Media Cina

PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akur dengan kritikan pelbagai pihak terhadap tindakannya mengeluarkan kenyataan berbahasa Cina dan kenyataan rasmi bahasa Melayu hanya akan diterjemahkan dalam bahasa lain jika ada keperluan.

“Pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin tentang perkara ini dan saya mengambil maklum kritikan dan teguran berkenaan status yang dimuat naik dalam laman sosial saya pada 24 Jun 2018.

“Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setiausaha agung DAP itu berkata, Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan menafikan dakwaan bahasa Mandarin menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kementerian itu.

“Ini boleh dibuktikan dalam laman web rasmi Kementerian Kewangan. Kenyataan rasmi bahasa Melayu akan diterjemahkan kepada bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin jika ada keperluan.

“Jika adapun, terjemahan ke dalam bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal.

“Terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial dan tidak diguna pakai dalam laman rasmi Kementerian Kewangan.”

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media sosialnya dan bahasa Mandarin ketika berkomunikasi dengan media Cina.

Beliau menjelaskan kenyataannya dalam bahasa Mandarin semalam dibuat tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");