Berita Hari Ini

Guna Sonar Kesan Feri Karam Danau Toba

SIMALUNGUN – INDONESIA. Pihak berkuasa Indonesia semalam beralih kepada teknologi sonar untuk mengesan feri lebih muatan yang karam di Tasik Danau Toba, Isnin lalu.

Pasukan penyelamat berharap, aset tentera laut Indonesia itu, dapat membantu memudahkan operasi pencarian yang memasuki hari keempat.

Hanya tiga penumpang disahkan maut setakat ini sementara 18 lain berjaya diselamatkan dalam tragedi malang itu.

193 lain termasuk kanak-kanak masih hilang, meningkatkan kebimbangan banyak mangsa terperangkap di dalam bot kayu di dasar tasik.

Pihak berkuasa berkata, teknologi sonar menggunakan denyutan bunyi untuk mengesan dan menentukan objek dalam air serta dianggap sesuai bagi tugas di dasar lautan.

“Sasaran kami adalah mengesan feri kayu pada kedalaman 500 meter. Peralatan itu boleh sampai pada kedalaman 600 meter,” kata Budiawan, pegawai agensi mencari dan menyelamat Indonesia. -AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");