Panasnya Hari Ini

Had Undi: Pemuda Amanah Sokong Cadangan Tun M

KUALA LUMPUR: Pemuda AMANAH menyatakan sokongan terhadap cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menurunkan hak umur layak mengundi kepada 18 tahun, berbanding 21 tahun ketika ini.

Ahli Dewan Negeri Taman Templer merangkap Ketua Pemuda, Mohd Sany Hamzah berkata, cadangan itu sesuai dipraktik berdasarkan perubahan kematangan berfikir golongan muda.

“Cadangan itu dilihat seiring peredaran zaman yang menuntut kepada perubahan dan pembaharuan semasa.

“Rakyat khususnya golongan muda perlu menceburkan diri untuk mencorakkan masa depan negara secara tidak langsung apabila mereka mempunyai hak memilih kepimpinan yang ingin diberi mandat mentadbir negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN) menyifatkan cadangan itu timbul selepas melihat kesedaran politik kuat ditunjukkan pengundi muda, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bulan lalu.

Katanya lagi, sekarang adalah peluang terbaik untuk melaksanakan perkara itu selepas rakyat memberikan mandat kepada PAKATAN.

Katanya, mengundi pada umur 18 tahun juga bukanlah perkara asing, sebaliknya dilaksanakan di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan turut dipraktikkan negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia serta Filipina.

“Malaysia sebagai nama besar di Asia Tenggara sewajarnya mengikut pembaharuan dilakukan negara jiran dan usaha mempertingkatkan kualiti demokrasi.

“Kami yakin, cadangan ini turut disokong dan didokong penuh parti lain di dalam PAKATAN dan badan bukan kerajaan yang sekian lama memperjuangkannya dalam usaha menyuburkan demokrasi di negara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");