Perak Hari Ini

Hassan Pemuzik Istimewa

IPOH:Dari jauh kedengaran alunan muzik lagu ‘evergreen’ Sampaikan Salam Cintaku nyanyian Alleycats yang menimbulkan rasa si penulis untuk mencari dari arah mana datangnya aluan muzik tersebut.

Kelihatan seorang lelaki sedang asyik mengetuk empat tong cat disusun rapi ibarat sedang bermain drum, gayanya persis pemain muzik profesional bermain alat muzik sambil menyanyi.

Hassan Basri 59, rancak mendendangkan pelbagai lagu dari muzik yang dihasilkan melalui barang-barang terbuang dan apabila diketuk mengeluarkan bunyi yang menarik.

Hassan berkata minatnya terhadap muzik sejak dari usia kanak-kanak lagi menjadikan dirinya tidak pernah jemu mencuba dan menghasilkan pelbagai alat muzik daripada barangan terbuang.

“Saya memang minat muzik tetapi daripada keluarga susah mulanya hanya sekadar mengetuk gayung di dalam bilik air sahaja untuk menghasilkan rentak,” katanya.

Nyayian Lagu Patriotik & Evergreen

Mengulas mengenai pemilihan lagu, Hassan berkata jiwanya lebih dekat dengan genre lagu patriotik dan evergreen semasa dia meningkat remaja dahulu.

“Saya mahu nyayian lagu patriotik supaya anak-anak muda yang mendengar akan memberikan mereka semangat supaya cintakan tanah air ini,” katanya.

Jelasnya lagi, genre lagu seperti pop rock dan lagu era 90-an lebih mudah diterima dan didengar oleh orang ramai.

“Hajat saya supaya benda ini pemangkin semangat kepada anak-anak supaya terus berusaha,” katanya.

Muzik Jalanan

Bercerita mengenai perjalanan hidup jelas Hassan bermain alat muzik rekaannya itu telah menjadi sumber rezekinya hampir 10 tahun.

“Saya tiada tempat khusus untuk membuat persembahan atas inisiatif sendiri saya pilih lokasi saya sendiri jika ada premis yang berminat dan sudi membenarkan saya mencari rezeki di situ saya akan duduk dan melakukan persembahan sekitar satu jam,” katanya.

Hassan sering bermain muzik di pasaraya Econsave Jelapang dan Restoran Nasi Vanggey di Greentown setiap seminggu sekali malah turut menerima undangan daripada mana-mana pihak yang berminat dengan hasil seninya.

“Bantuan secara ikhlas saya tidak minta sedekah hanya cuba mencari rezeki cara yang halal daripada alatan kitar semula kita boleh jadikan alat muzik.

“Jika kita buat sesuatu kita perlu buat sampai berjaya dengan hati yang ikhlas dan paling penting saya mahu menyampaikan mesej saya melalui lagu untuk semua orang terus berusaha,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");