Perak Hari Ini

Henti Panjangkan Isu Kediaman MB – Ahmad Faizal

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan seorang pengguna Facebook dengan mengatakan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir masih berada di Kediaman Menteri Besar, di Jalan Hilir, dekat sini.

Jelasnya, beliau dimaklumkan bahawa Mantan Menteri Besar itu telah pun keluar daripada kediaman tersebut, sepenuhnya.

Tambah Ahmad Faizal, kediaman rasmi Menteri Besar kini sedang mengalami proses pembaikkan khususnya yang melibatkan sistem perpaipan dan ia merupakan salah satu sebab mengapa beliau masih belum berpindah ke situ.

“Kita tidak mengamalkan sistem demokrasi seperti di negara Barat, sebagaimana disebutkan. Di sini, pentadbiran kita, tidak ada sebarang unsur paksaan keluar dan sebagainya.

“Peralihan kuasa kita berjalan dengan lancar dan saya tidak ada apa-apa masalah.

“Diharap perkara ini jangan dipanjangkan kerana ia tidak sihat untuk pembinaan negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Riduzan, dekat sini, pada Jumaat.

Pada perkembangan sama Zambry, menerusi akaun twitternya, turut menafikan dakwaan itu.

“Marilah di bulan penuh barakah dan keampunan ini kita jauhkan kebencian, permusuhan, fitnah.

“Kepada mereka yang sebar fitnah bahawa saya masih duduk di Kediaman Menteri Besar, cukuplah dan usahlah terus menfitnah dan menyebarkan benci. Ramadan Karim,” tulisnya pada awal pagi tadi.

Semalam, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mariam Mokhtar Admrl-Gen mempertikaikan tindakan Zambry yang kononnya masih belum mengosongkan kediaman berkenaan selepas tidak lagi bergelar Menteri Besar.

Individu berkenaan juga turut membuat kenyataannya melalui laman YouTube yang berdurasi selama kira-kira tiga minit dan mendakwa, sebagaimana yang diamalkan di negara-negara Barat, tempoh sehari amat memadai untuk Zambry memindahkan semua barangan peribadinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");