Panasnya Hari Ini

Hishammuddin: K’jaan Perlu Hentikan Politik Kebencian

Pemangku timbalan presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai mentadbir kerajaan dengan politik kebencian.

Bekas menteri itu berkata HARAPAN seharusnya menumpukan pada janji 100 hari dalam manifesto mereka.

“Sebulan sudah berlalu, ia tidak lama. Mereka masih ada banyak janji yang perlu dipenuhi dan barisan kabinet penuh mereka belum diumumkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

“Namun kebimbangan utama saya adalah politik kebencian. Cara mereka seakan-akan kerajaan sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang kebaikan. Itu bukan cara untuk ke hadapan.

“Jika ingin mentadbir negara ini, tidak boleh dengan menunjukkan kebencian dengan kerajaan sebelum ini. Rakyat sudah membuat keputusan, jadi teruskan tadbir negara dengan baik. Itu nasihat saya,” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");