Panasnya Hari Ini

Hishamuddin Tidak Bertanding Sebarang Jawatan

JOHOR BAHRU – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan untuk tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat Pusat bagi sesi pemilihan akan datang.

Menurutnya, bagaimanapun beliau akan bekerja dengan lebih keras untuk membantu membangunkan semula Umno bermula dari negeri ini.

“Saya berikrar untuk tetap bersetia bersama Umno sehingga ke akhir hayat dan akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada barisan kepimpinan baharu.

“Saya telah bercakap dengan Datuk Seri (Ahmad) Zahid Hamidi dan Datuk Seri (Mohamed) Khaled Nordin tentang perkara ini serta berbincang bagaimana untuk saya terus menyumbang kepada parti. Mereka faham serta menghormati keputusan tersebut,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Umno Johor di sini hari ini lapor Sinar Harian.

Hishammuddin berkata, beliau juga memberikan sokongan penuh terhadap Mohamed Khaled sebagai calon Naib Presiden Umno untuk pemilihan kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");