Berita Hari Ini

Ibu Kelar Anak

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dikelar ibu kandungnya dalam kejadian di FELDA Jengka, dekat Maran, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata suspek dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak mengelar leher anak lelakinya itu.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai masalah atau rekod mengalami gangguan mental.

Kami dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 malam tadi oleh kakitangan Hospital Jengka, yang menghubungi Balai Polis Bandar Pusat Jengka.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan pegawai dan anggota kami, dibantu Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu rumah keluarga terbabit bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan awal,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, lapor BH Online.

Othman berkata, suspek yang juga ibu mangsa berusia 31 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian disebabkan kesan kelar pada bahagian leher.

“Kita juga sudah merekodkan keterangan bapa mangsa. Berdasarkan maklumatnya, suspek dikatakan membawa mangsa ke bahagian dapur rumah mereka dan mengelar leher mangsa menggunakan pisau.

“Bapa mangsa sempat menolak suspek dan mengambil mangsa untuk dibawa ke Hospital Jengka.”Namun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");