Sukan Hari Ini

Ini Semua Salah Sampaoli – Aguero

PENYERANG Argentina, Sergio Aguero menyalahkan pengendalinya, Jorge Sampaoli susulan kekalahan memalukan 0-3 di tangan Croatia pada aksi Piala Dunia, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad Albiceleste itu kini berada di ambang penyingkiran selepas sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan yang diharungi.

Dengan keputusan 1-1 ke atas Iceland yang tidak dijangka, kekalahan di tangan Croatia sudah tentu terus membimbangkan sekali gus menimbulkan persoalan terhadap perancangan Sampaoli untuk pasukan itu.

“Semua yang berlaku ke atas pasukan dan penurunan prestasi pemain adalah berpunca daripada pengurusan.

“Perancangan untuk menentang Croatia tidak membuahkan hasil,” kata Aguero, lapor Harian Metro.

“Kekalahan ini sememangnya menyakitkan saya tetapi jelasnya, saya tidak dapat membaca perlawanan ini dengan tepat.”

Meskipun Sampaoli menyalahkan dirinya namun, wartawan menyatakan kepada Aguero bahawa pengendalinya cuba menyalahkan pemain yang gagal mengikut taktik yang diterapkan olehnya.

“Dia boleh berkata apa sahaja yang dia mahu,” katanya mengulas kenyataan Sampaoli.

Pada aksi terbabit, penyerang Manchester City itu sekadar beraksi 54 minit sebelum digantikan dengan Gonzalo Higuain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");