Perak Hari Ini

Jabatan Penyiaran Negeri Perak Santuni Pelajar Tahfiz, Pendengar Perak Fm

IPOH: Bersempena dengan bulan Ramadan, Jabatan Penyiaran Negeri Perak hari ini mengadakan Ziarah Tahfiz Perak Fm bersempena dengan program Jelajah Ramadan 2018.

Pengarahnya, Sabri Mansor berkata Jelajah Ramadan ini merupakan program yang dianjurkan kesemua Jabatan Penyiaran di seluruh negara

Jelasnya, di Perak, Ziarah Tahfiz Perak Fm diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar sekolah tahfiz yang terpilih selain ianya juga sebagai platform mendekatkan Kelab Sahabat Pendengar dengan warga Radio Perak Fm.

“Ziarah Tahfiz ini kita sudah lancarkan pada bulan lalu di Manjung. Ia mendapat kerjasama pihak sekolah tahfiz di sana yang mana kita adakan program dengan singgah rumah ke rumah yang terpilih, bersama pelajar-pelajar ini, bagi membetulkan bacaan-bacaan solat.

“Cuma hari ini, kita teruskan acara di Auditorium Perak Fm. Kita adakan juga slot klinik membaiki solat dan juga hari ini kita dapat saksikan, pelajar-pelajar Al-Baraqah turut serta dengan menyampaikan persembahan nasyid mereka,” katanya.

Tambahnya, program tersebut akan diteruskan esok, di Pusat Tahfiz Tambun.

Ujar Sabri, ianya akan disertai 20 orang ahli Kelab Sahabat Pendengar Radio Perak Fm selain sumbangan kepada pusat tahfiz tersebut akan juga disampaikan.

Beliau berkata demikan kepada pemberita ketika ditemui pada prorgam Ziarah Tahfiz di perkarangan Auditorium Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Jabatan Penyiaran Perak, dekat sini, pada Isnin.

Majlis turut meraikan 31 orang pelajar tahfiz dari Pusat Pendidikan Al Barakah, Kampung Manjoi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");