Perak Hari Ini

Jakim Perlu Diperkasa Bukan Dibubar-Mufti Perak

PARIT BUNTAR:Mufti Perak, Datuk Seri Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu dikaji semula dan bukannya dibubarkan.

Beliau terdahulu turut bersetuju dengan cadangan kerajaan pusat untuk mengkaji semula peranan Jakim atau memperkasakan fungsinya semula tanpa perlu dibubarkan.

Menurutnya, peranan yang dimainkan Jakim ketika zaman pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lagi adalah besar dalam menyelaraskan pentadbiran institusi keagamaan di peringkat pusat dan negeri-negeri.

“Peranan sedia ada dimainkan Jakim ketika ini sudah cukup baik dan sekiranya ada cadangan bagi pembubaran badan itu, saya bimnang hubungan penyelarasan di antara kerajaan pusat dan negeri-negeri akan terputus.

“Sekiranya kajian semula dilakukan oleh kerajaan pusat, ianya bertujuan memperkasakan peranan Jakim dan ternyata ianua memang sesuai berikutan peranan jabatan itu Jakim amat penting.

“Jika Jakim tidak ada dan dibubarkan, setiap majlis agama islam di setiap negeri akan membawa diri dan akhirnya berkemungkinan boleh mengeluarkan fakta bercanggah dalam sesuatu perkara,” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin sumbangan Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Urusan Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Fng Ah Seng.

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya peranan Jakim benar-benar diperkasakan sebagai jambatan utama penyelarasan satu pertemuan muktamad di antara semua majlis agama islam di peringkat pusat dan negeri bagi penganjuran satu muzakarah dalam menentukan fatwa hendak dibuat.

“Kita tidak mahu kelak berlaku pencanggahan pengeluaran fatwa sebagai contoh di Johor lain, di sini lain.

“Peranan Jakim sudah baik, tetapi sekiranya hendak dikaji bagi ditambah baik, majlis agama Islam di setiap negeri pun perlu dibuat kajian peranan masing-masing agar yang penting pada akhirnya beri nilai tambah terhadap institusi keagamaan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");