Panasnya Hari Ini

Jamal ‘Diseru’ Di PWTC

KUALA LUMPUR: Sesi cabutan nombor giliran calon Pemilihan UMNO gamat seketika apabila nama Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Mohd Jamal Md Yunos dipanggil untuk membuat cabutan.

Calon dan wakil calon serta wartawan dilihat tercari-cari kelibat Mohd Jamal dalam Dewan Auditorium Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini, ketika namanya dipanggil mencabut nombor giliran bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Situasi itu menyebabkan dewan gamat dengan hilai tawa, di samping nama beberapa individu disebut untuk mewakili Mohd Jamal.

Bagaimanapun, harapan hadirin dan wartawan mahu melihat Mohd Jamal muncul di dewan itu

tidak menjadi kenyataan, sebaliknya Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, tampil mewakilinya untuk cabutan itu.

Ketua Setiausaha Bahagian UMNO, Datuk Norazuwan Aziz, mengumumkan Mohd Jamal mendapat giliran keenam selepas Armand Azha mencabut nombor giliran itu.

Armand kemudian secara berseloroh berkata ‘yang penting bukan nombor terakhir’ sambil disahut gelak tawa calon serta wakil calon yang hadir.

Beberapa individu lain turut diumumkan bertanding jawatan Ketua Pemuda, antaranya Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun (giliran kesembilan); Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (giliran kelima) dan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah (giliran keempat).

Mohd Jamal menjadi buruan polis selepas gagal tampil dan memberikan kerjasama kepada polis berhubung siasatan dilakukan ke atasnya, menyebabkan pihak berkuasa itu mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Pada 25 Mei lalu, Pengerusi Gerakan Baju Merah itu didakwa atas tiga tuduhan ketika di Hospital Ampang Putri, Ampang, dan masih berbaki enam kes belum dituduh.

Jamal dituduh di hospital berkenaan atas kesalahan mempamerkan senjata api serta dua kesalahan lain sebelum menghilangkan diri selepas diikat jamin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");