Panasnya Hari Ini

Jamal Sah Bertanding Ketua Pemuda Umno

SABAK BERNAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengesahkan keputusan beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu tahun ini.

Memetik laporan Sinar Online, Jamal membuat pengumuman itu menerusi status dan gambar borang pencalonan jawatan itu di Facebook rasminya, petang semalam.

“Alhamdulillah. Borang calon dah diisi. Umno, dulu kini selamanya,” katanya.

Selain jawatan Ketua Pemuda Umno, Jamal turut mengesahkan bakal mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang disandang beliau pada masa sekarang.

Jamal dalam status berasingan memberitahu beliau tekad untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi saluran parti itu.

“Kita sepakat satu hati menjadikan UBSB (Umno Bahagian Sungai Besar) lebih perkasa dan mantap… Insya-ALLAH, doa yang terbaik,” katanya.

Jamal sebelum ini dilaporkan menjadi buruan polis selepas menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, 25 Mei lalu.

Selain Jamal, tiga lagi nama mengumumkan bertanding bagi jawatan tertinggi sayap berkenaan.

Tiga nama iaitu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun, Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Jamalullail Syed Harman.

Nama-nama calon untuk dipertandingkan dalam pemilihan Umno perlu dikemukakan pada 23 Jun ini.

Penyandang jawatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Presiden Umno.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");