Panasnya Hari Ini

Jangan Hanya Membangkang: KJ

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengingatkan wakil rakyat dikalangan parti itu supaya menjadi pembangkang yang bertanggungjawab.

Katanya, semua wakil rakyat BN tidak seharusnya ‘membangkang semata-mata kerana kita pembangkang’ (oppose for opposition’s sake).

Sebaliknya jelas beliau, apabila sesuatu perkara melibatkan kepentingan rakyat dan negara, ahli-ahli Dewan Negara BN wajib memberi kerjasama kepada agenda yang dibawa oleh Kerajaan.

“Saya merujuk kepada sidang akhbar YAB Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, terutamanya tentang dua pengumuman Tarikh sidang Parlimen yang akan bermula pada 16 Julai 2018 serta Peruntukan untuk Ahli Dewan Rakyat Institusi Parlimen bakal memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan iltizam rakyat atau ‘will of the people’ berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Perlu diingat, BN masih mempunyai majoriti dalam Dewan Negara. Sebarang rang undang-undang perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini termasuklah cadangan Kerajaan untuk memperkenalkan semula SST pada sesi Parlimen kali ini.

“Walaupun mungkin terdapat perbezaan pendapat tentang SST, ahli-ahli Dewan Negara BN perlu meluluskan rang undang-undang ini kerana tanpa SST, kutipan hasil Kerajaan akan terjejas dan ini akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Atas prinsip kepentingan negara dan ‘maslahah al-ammah’, BN mesti menyokong,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan kerajaan agar dapat pertimbangkan beberapa langkah pembaharuan yang juga disebut dalam manifesto PH.

“Antaranya kewujudan Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau Parliamentary Select Committee untuk menyemak rang undang-undang, kewujudan Jawatankuasa Sementara, bantuan untuk mewujudkan perkumpulan tidak rasmi atau ‘Caucus’, serta peruntukan masa semasa sidang Dewan Rakyat baik dalam membawa agenda pembangkang untuk perbahasan mahupun sesi khas seperti Soalan kepada Perdana Menteri,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");