Perak Hari Ini

Jangan Salah Guna Nama MB, Exco Untuk Kepentingan Peribadi

IPOH:Menteri Besar Perak kesal dengan tindakan segelintir pihak bertindak menggunakan nama Menteri Besar dan barisan exco untuk kepentingan peribadi.

Ahmad Faizal Azumu berkata selepas Pakatan Harapan menerajui pentadbiran, terdapat individu dan pihak yang menyalah gunakan hubungan baik seperti pertalian persaudaraan dan persahabatan dengan ahli exco untuk kepentingan sendiri.

“Saya telah terima beberapa aduan di mana nama saya atau rakan-rakan exco disalah gunakan apabila pihak tak bertanggungjawab pergi ke pejabat-pejabat kerajaan yang mendakwa mereka kenal rapat dengan Menteri Besar dan rakan exco malah mereka mendesak pegawai-pegawai kerajaan untuk memudahkan mereka mendapatkan kontrak atau sebagainya.

“Saya ingin menegaskan hari ini kepada semua kakitangan awam dan rakyat bahawa jika ada pihak-pihak yang ingin ingin mendapatkan kerja kontrak dan sebagainya, perkara ini adalah perkara perlu dihindari, kalau boleh saya nak perangi sepenuhnya kerana ini satu perkara yang tidak baik,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, kerajaan diterajui Pakatan Harapan akan melaksanakan tugas dengan telus termasuk melibatkan pemberian kontrak dan bukannya berkaitan dengan sebarang pertalian serta persahabatan.

“Pemberian kontrak bukannya kerana mereka rapat dengan Menteri Besar, exco akan dapat kelebihan dan sebagainya mesti secara telus mengikut peraturan.

“Jadi saya harap perkara ini dapat dimaklumkan kepada orang ramai dan sekiranya ada pihak mengaku rapat dengan Menteri Besar jangan dipedulikan terus hubungi pejabat saya atau pejabat exco yang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");