Sukan Hari Ini

Jangan Sentuh Grizou Saya – Pogba

BINTANG Perancis, Paul Pogba, mempertahankan rakan sepasukannya, Antoine Griezmann, dengan menegaskan bahawa penyerang itu berada dalam prestasi baik.

Skuad Didier Deschamps itu masih belum mencapai prestasi terbaik mereka dalam Piala Dunia, mencatat kemenangan kurang meyakinkan ke atas Australia (2-1) dan Peru (1-0) untuk menempah tempat mereka dalam pusingan 16.

Griezmann menjaringkan satu gol tetapi penyudah itu hadir menerusi sepakan penalti ketika menentang skuad Socceroos dalam aksi pembukaan Kumpulan C.

Tetapi Pogba menolak sebarang kritikan terhadap penyerang Atletico Madrid itu, yang menjadi penjaring terbanyak dalam Euro 2016 dengan enam gol.

“Grizou melakukan yang terbaik. Dia sentiasa gembira, selalu cergas. Dia berjuang untuk pasukan,” kata pemain tengah Manchester United itu dalam sidang media, lapor Stadium Astro.

“Disebabkan dia tidak menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir, dia bukan Grizou yang sama. Tidak. Ada yang mengatakan ia kerana dia menandatangani kontrak baru dengan kelabnya, tidak.

“Seperti yang saya katakan sebelum Piala Dunia, jangan sentuh Grizou saya. Kamu sudah lupa Euro. Jangan sentuh Grizou saya.

“Piala Dunia belum berakhir, masih ada perlawanan. Kami layak ke pusingan 16, fikirkan tentang itu. Fikirkan tugas pertahanan yang dilakukannya.

“Lihat ketika menentang Peru, kami begitu padat. Jadi Grizou mempunyai kualiti, semua orang tahu. Jadi, sekali lagi, jangan sentuh Grizou saya.”

Perancis menerajui Kumpulan C menjelang pertemuan dengan Denmark di Stadium Luzhniki, esok, walaupun mereka masih belum menjamin tempat pertama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");