Sukan Hari Ini

Jerman Layak Kalah – Hummels

MOSCOW: Pemain pertahanan Jerman, Mats Hummels me­ngakui pasukannya menggunakan pendekatan yang salah selepas mereka tewas 0-1 kepada Mexico di Stadium Luzhniki awal pagi semalam.

Hirving Lozano mencatat nama selaku penjaring pada aksi tersebut walaupun skuad The Tricolor gagal memanfaatkan beberapa peluang lagi bagi menambah gol pada aksi pembukaan Kumpulan F.

Jerman melakukan 26 percubaan ke arah pintu gol Mexico, namun ia tidak mendatang­kan sebarang masalah buat penjaga gol, Guillermo Ochoa, sekali gus menjadikan pertemuan itu paling bermakna untuknya selepas berjaya mengawal gawang tanpa sebarang bolos.

Hummels merasakan pemain tidak menjadikan aksi persahabatan terakhir mereka semasa bertemu Arab Saudi sebagai amaran selepas mereka sekadar menang 2-1, sebaliknya hanya cemerlang dalam tujuh perlawanan sahaja sejak ber­akhir aksi kelayakan Piala Dunia tahun lalu.

“Kami bermain seolah-olah menentang Saudi Arabia, namun Mexico adalah sebuah pasukan yang sangat bagus.

“Kami hanya membincangkan beberapa perkara sahaja seperti aspek penguasaan bola dan bertahan tetapi malangnya pemain gagal beraksi dengan baik pada perlawanan pembukaan kali ini.

“Mexico sememangnya la­yak untuk menang kerana kami memberikan laluan yang sangat mudah buat mereka, sedangkan Jerman tidak sepatutnya bermain sedemikian rupa,” kata Hummels, lapor Kosmo Online.

Hummels merasakan se­kiranya tujuh atau lapan pemain bermain dengan lebih agresif, ia akan lebih membantu daripada hanya sekadar memilih untuk bertahan sahaja di barisan pertahanan.

“Kami gagal beraksi de­ngan baik dan ia menyebabkan saya dan Jerome Boateng yang berada di barisan belakang sentiasa menerima asakan da­ripada pihak lawan,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");