Perak Hari Ini

Jualan Amal Untuk Penghidap Thalasemia

IPOH: Pertubuhan Thalassaemia Negeri Perak bakal mengadakan program jualan amal pada 5 Ogos, bertempat di Auditorium Tow Boo Keong, dekat sini.

Penaung Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) itu,  Steven Chaw Kam Foon berkata ia diadakan bagi memperoleh dana untuk persatuan tersebut meneruskan khidmat kepada 188 penghidap talasemia yang berdaftar dengan mereka.

Ujarnya, program yang bakal berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari itu mensasarkan lebih 100 orang penjual dengan nilai kutipan dana amal sebanyak RM150,000.

“Kami menyeru agar orang ramai dapat memberikan sumbangan sebagai tanda sokongan kepada pesakit-pesakit kita.

“Setiap kupon dijual dengan harga RM10 dan para penderma pula akan mendapat pengecualian cukai menerusi kupon tersebut,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu.

Tambah Steven, program yang diadakan dua tahun sekali itu juga diadakan sebagai menyambut ulang tahun yang ke-25 penubuhan persatuan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Pertubuhan Thalassaemia Negeri Perak, Jalan Masjid, dekat sini, pada Ahad.

Sementara itu, pengerusi NGO berkenaan, Yong Cheng Leong berkata pihaknya telah lama dan banyak memberi bantuan kepada pesakit-pesakit thalasemia di negeri ini.

Antaranya, inisiatif yang disediakan termasuk dari segi kos rawatan, kos pembiayaan jarum suntikan, pemindahan tulang sum-sum, pemeriksaan berkala di hospital, kos menghadiri seminar di seluruh negara serta bantuan biasiswa pengajian.

Difahamkan selain pesakit, persatuan ini juga menerima keahlian daripada 75 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan kerjaya.

Kesemua pesakit yang berdaftar  berumur seawal usia 3 tahun sehingga lewat 50-an

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");