Berita Hari Ini

Kadar SST Lebih 4% Akan Bawa Inflasi, Kata Bos Mydin

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan terkenal, Ameer Ali Mydin berkata kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lebih daripada 4% akan membawa kepada inflasi.

Beliau berkata demikian selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam dilapor berkata cukai yang akan berkuatkuasa 1 September ini tidak akan membawa kepada inflasi.

“Seorang seorang ahli perniagaan yang berpengalaman, saya tidak bersetuju,” kata Ameer di tepian wacana “Kos sara hidup di Malaysia: Bertanya soalan polisi yang betul”.

Pengarah urusan pasaraya Mydin itu berkata perniagaan boleh cuba menyerap cukai itu jika ia antara 3% hingga 4%.

Kerajaan belum mengumumkan kadar SST. Sebelum ini, kadar SST mencecah 10% tetapi digantikan dengan GST pada kadar 6% yang diperkenalkan pada 2015 oleh kerajaan dulu. Kadar GST dijadikan sifar pada 1 Jun.

Ameer berkata kadar SST yang lebih rendah adalah masuk akal dari segi pematuhan kerana perniagaan kemungkinan besar mambayar cukai itu di peringkat import atau pembuatan daripada menjadi cara untuk mengelak membayar cukai seperti dulu.

“Kerajaan tak boleh harapkan peruncit serap semua. Peruncit bukannya menjana untung ratusan juta ringgit setahun kerana margin yang kecil dan persaingan hebat dalam pasaran.

“Tidak mungkin sesiapa pun akan serap cukai itu.”

Ameer berkata Mydin tidak akan cuba meyerap SST sepertimana yang dilakukan dengan GST.

“Apabila GST diperkenalkan, kita cuba menyerapnya buat seketika. Kami mahu tengok sama ada langkah itu berdaya maju atau tidak.

“Tetapi kami hentikan selepas kerugian lebih RM100 juta. Jadi kami tidak akan serap SST.”

Pengkritik GST sebelum ini berkata cukai itu punca inflasi dan harga mahal.

Namun pihak lain mengatakan kos sara hidup yang tinggi tidak boleh dipersalahkan pada GST sahaja kerana terdapat faktor lain dan ini boleh dilihat daripada Indeks Harga Pengguna (CPI).-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");