Berita Hari Ini

Kadir: Media Masih Boleh Bebas Walau Dimiliki Parti Politik

Bekas editor kumpulan New Straits Times,Datuk A Kadir Jasin percaya media masih boleh menjadi bebas walaupun dimiliki parti-parti politik.

“Kebebasan akhbar tidak hanya bergantung kepada pemilikan.

“Jika editor mempunyai tulang belakang, mereka dapat memastikan bahawa walaupun dimiliki oleh parti politik, mereka dapat mengamalkan peraturan asas dan etika kewartawanan.

“Saya menyalahkan para editor,” katanya kepada  wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat kerajaan di Menara Ilham petang ini.

Kadir, yang kini merupakan anggota Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) menegaskan tidak ada undang-undang yang melarang parti politik daripada memiliki organisasi media.

Umno memiliki Utusan Malaysia dan menguasai Media Prima yang menerbitkan New Straits TimesBerita Harian dan Harian Metro.

MCA merupakan pemegang saham terbesar The Star dan Nanyang Siang Pau, manakala MIC memiliki Tamil Nesan.

Ditanya sekiranya undang-undang menghalang pemilikan akhbar arus perdana perlu diwujudkan, Kadir berkata perkara itu terserah kepada pengamal media untuk melobi pembuat dasar.

“Terserah kepada wartawan… anda mempunyai hak untuk menghantar petisyen kepada anggota Parlimen anda tentang perkara ini. Pada ketika ini, sesiapa sahaja boleh memiliki akhbar,” jawabnya.

Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini berjanji menyemak semula undang-undang mengenai kebebasan akhbar yang merupakan sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14).-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");