Berita Hari Ini

Kastam Perhebat Banteras Penyeludupan Mercun, Bunga Api

KOTA BHARU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) memperhebatkan usaha membanteras aktiviti penyeludupan terutama mercun dan bunga api di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran, sempena sambutan Aidilfitri ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Zulkifli Yahya berkata operasi yang dilancarkan bagi membanteras kegiatan tersebut dilakukan dengan kerjasama semua agensi penguatkuasaan yang terlibat di kawasan sempadan.

“Masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan harus menyalurkan maklumat itu kepada kami (pihak berkuasa) untuk tindakan,” katanya kepada Bernama selepas majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Kastam Kelantan Bersama Pengurusan Tertinggi jabatan itu dan majlis berbuka puasa di sini, malam tadi.

Zulkifli berkata penyeludup menggunakan pelbagai taktik untuk membawa masuk bahan larangan itu termasuk melalui pangkalan haram dan pelabuhan.

Beliau berkata orang ramai harus sedar bahawa bermain mercun boleh mendatangkan bahaya walaupun ia kelihatan meriah bagi meraikan sesuatu perayaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");