Membawang Hari Ini

Kenapa Pekerja Asing Tak Boleh Masak Masakan Malaysia? – Chef Wan

CHEF terkemuka Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang mengarahkan semua restoran hanya mengambil tukang masak tempatan bermula 1 Januari 2019 ini.

Chef Wan menerusi Instagramnya menyifatkan keputusan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran sebagai satu tindakan diskriminasi dan rasis terhadap pekerja asing yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.

Beliau menyoal kewajaran Kula Segaran dalam menghentikan kemasukan pekerja asing sebagai tukang masak di restoran tempatan memandangkan ada rakyat Malaysia yang melakukan perkara sama di rantau lain.

“Makanan adalah seperti cinta yang tiada batasan. Ramai chef dari Malaysia yang bekerja di pelbagai bandar di dunia dan melakukan perkara sama.

“Soalan saya kepada menteri, kenapa pekerja asing di negara ini tidak boleh memasak masakan Malaysia hanya kerana mereka bukan orang tempatan?

“Kenapa kita perlu mendiskriminasikan mereka? Negara lain tidak pula layan bangsa lain seperti penduduk kelas kedua,” tulisnya, sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

Chef Wan turut berkata pengambil pekerja tempatan tidak menjamin tahap kebersihan dan kualiti makanan yang tinggi di sesebuah restoran jika rakyat Malaysia gagal melihat kelemahan sendiri.

Menurut beliau, kebersihan serta kualiti makanan bergantung kepada seseorang individu, tidak kisah jika asal-usul negara.

“Ramai tukang masak tempatan yang masak di restoran-restoran terkenal tidak mampu memberi makanan yang berkualiti dan terbaik.

“Tak payah nak salahkan pendatang asing sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu memperbaiki kelemahan sendiri,” tulis Chef Wan pada Instagramnya.

Pada Khamis, Kula Segaran berkata semua pengusaha akan diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mematuhi syarat tersebut.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil untuk mengurangkan kebergantungan restoran tempatan kepada tenaga kerja asing dan bagi memastikan kualiti makanan terjamin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");