Panasnya Hari Ini

Keputusan Rasmi Pemilihan Sayap Umno 5 Petang Ini

Keputusan rasmi bagi pemilihan sayap parti Umno akan diumumkan pada sidang media pukul 5 petang esok.

Setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memberitahu, sehingga jam 12.30 tengah malam tadi masih terdapat kawasan yang masih bermesyuarat dan mengira undi.

Kawasan tersebut ialah, satu bahagian di Perlis yang masih belum selesai bermesyuarat dan mengira undi, Kedah (6), Perak (6), Selangor (6), Wilayah Persekutuan (10), Negeri Sembilan (4), Melaka (2), Johor (1), Pahang (6), Terengganu (2), Kelantan (6), Kedah (6) dan Sabah (6).

“Ketika ini masih ada lagi bahagian yang tengah bermesyuarat.

“Sehubungan dengan itu keputusan muktamad hanya diketahui esok petang. Pukul 5 petang. Kita akan buat sidang media.

“Apa jua keputusan yang keluar di media sosial, itu bukan keputusan rasmi,” katanya pada sidang media di PWTC lewat malam ini.

Selain itu, beliau juga memberitahu setakat 12.30 malam ini, hanya 45 peratus sahaja bahagian yang sudah menghantar borang keputusan.

“Kita masih menunggu (dari bahagian lain) dan pejabat beroperasi sehingga esok,” katanya lagi.

Pemilihan sayap Umno diadakan hari ini sementara pemilihan jawatan-jawatan tinggi Umno akan diadakan 30 Jun.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");