Berita Hari Ini

Kerajaan Cadang Wujud Pusat Arahan Canggih Untuk Pengurusan Bencana

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah pusat arahan yang canggih bertujuan menyelaras semua bentuk saluran bantuan semasa berlaku sesuatu bencana, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pusat berkenaan akan dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

“Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan. Untuk maju ke hadapan, saya berharap dapat melihat NADMA mengetuai pengurusan bencana dengan mempunyai pusat arahan yang canggih,” kata beliau pada persidangan akhbar hari ini, lapor Bernama.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Mesyuarat Berkaitan ke-32 yang dihadiri 84 wakil dari negara-negara anggota ASEAN dan beberapa pertubuhan dari Australia, Kanada, China dan New Zealand.

Beliau memberitahu pemberita perkara itu masih dalam cadangan.

Bagaimanapun, masih tidak jelas lagi sama ada cadangan itu melibatkan penubuhan pusat yang baru sepenuhnya atau menaiktaraf saja Pusat Arahan Bencana Kebangsaan di Pulau Meranti Puchong yang diurus oleh NADMA sejak 2015.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti berkata, keutamaan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru adalah mengambil tanggungjawab pengurusan bencana secara holistik dan pragmatik termasuk memastikan keselamatan dan privasi wanita semasa bencana.

Beliau berkata, ide berkenaan termasuk menyediakan tempat berteduh yang lebih baik kepada wanitra semasa bencana dengan mengadakan ruang privasi agar mereka boleh memiliki privasi dan ruang sendiri.

Beliau berkata keutamaan juga bagi mengurangkan risiko bencana dan meningkatkan gerakan kecemasan menerusi kerjasama negara-negara anggota ASEAN dan dengan orang awam dan sektor swasta tempatan.

“Kita perlu bekerjasama. Ia penting kerana di rantau ini kita menghadapi bencana yang hampir serupa. Kita perlu tolong menolong antara satu sama lain sebagai jiran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");