Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Akan Tetap Anjur SUKMA Di Semua Daerah

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan tetap meneruskan inisiatif penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 di semua daerah, sebagaimana yang telah ditetapkan pentadbiran yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata keputusan tersebut diteruskan selepas mengambil kira faktor masa yang agak suntuk.

“Memang ada cadangan untuk kita kecilkan vanue tetapi buat masa ini, kerana hanya ada berbaki 98 hari sahaja maka kita teruskan rancangan yang sedia ada.

“Cuma mungkin berlaku sedikit perubahan yang mana mungkin juga ada acara yang berpindah ke tempat lain,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Stadium Perak, dekat sini, hari ini.

Selain itu, Horward yang disertai perunding kejohanan SUKMA 2018, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, bersama-sama meninjau salah satu Perkampungan SUKMA di Politeknik Ungku Omar, dekat sini, petang tadi, berpuas hati dengan perkembangan vanue penginapan atlet itu.

Ujarnya, seramai 2,500 orang atlet dan pegawai akan ditempatkan di situ sepanjangan kejohanan dwitahunan itu berlangsung.

Walau bagaimanapun, Horward berkata atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, kemungkinan 500 orang atlet, pada awal hari kejohahan tersebut, akan ditempatkan di Universiti Teknologi Petronas, buat sementara waktu.

Difahamkan ia melibatkan hal pertindihan masa keluar masuk antara para pelajar Politeknik dengan sebilangan atlet di asrama penginapan.

Para atlet akan mula memasuki dan tinggal di vanue penginapan di setiap daerah bermula 10 sehingga 23 September ini.

Pada perkembangan sama, Horward turut menzahirkan keyakinan terhadap beberapa vanue yang masih lagi dalam proses pembinaan terakhir, akan siap pada waktu yang ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");