Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Bakal Anjur Sambutan Hari Raya Di MAPS

IPOH: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Negeri Perak pada tahun ini akan diadakan di Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS), Meru Raya, dekat sini pada 1 Syawal, bersamaan dengan 15 Jun 2018.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara, bermula pada jam 3.00 petang, sehingga 6.00 petang,  selain mengumumkan kesemua kemudahan dan permainan yang terdapat disitu dibuka secara percuma kepada umum.

Selain daripada kepelbagaian juadah hari raya, beliau berkata kesemua yang hadir juga bakal dihiburkan dengan kehadiran artis-artis terkemuka tanah air.

“Saya menjangkakan kehadiran lebih daripada 20,000 ke 30,000 orang. Tempat letak kereta kita akan buka secara percuma dan jika berlaku limpahan kenderaan, kemungkinan kita akan buka kawasan lain sebagai parkir dan disediakan perkhidmatan ‘shuttle bus’,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Tambah Ahmad Faizal, lokasi MAPS dipilih adalah sebagai memberi peluang kepada rakyat yang masih belum berpeluang memasuki taman tema berkenaan.

Ketika ditanya berkenaan kos, dengan tidak dinyatakan secara terperinci, beliau berkata penganjurannya adalah lebih murah berbanding diadakan di Kediaman Menteri Besar, sebagaimana yang dilakukan pentadbiran-pentadbiran terdahulu.

Ujarnya lagi, ianya juga boleh mengelakkan kesesakkan lalu lintas yang melampau di Bandaraya Ipoh pada hari raya nanti.

Menerusi laman Facebook beliau, pagi tadi Ahmad Faizal berkesempatan mengadakan lawatan tapak di MAPS bagi tujuan penganjuran masjlis berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");