Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Buka Ruang Untuk Perbincangan Dan Kerjasama-MB Perak

IPOH:Kerajaan negeri akan membuka ruang sepenuhnya bagi sebarang sesi perbincangan bersama semua pihak termasuk pihak swasta yang ingin bekerjasama untuk membangunkan negeri ini.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata ruang sentiasa terbuka luas kepada pihak yang ingin bekerjasama dan membantu kerajaan menyelesaikan masalah melibatkan pelbagai pihak termasuk para peniaga.

Terdahulu beliau menghadiri sesi perjumpaan bersama wakil dan ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negeri Perak (PCCCI) yang diketuai oleh Presiden PCCCI, Datuk Liew Sew Yee.

Mengulas mengenai perjumpaan sekitar satu jam di Pejabat rasminya hari ini, jelas Faizal kerajaan Negeri akan memperhalusi dan mempertimbangkan cadangan yang diutarakan oleh pihak PCCCI kelak.

“Perkara menarik yang dibincangkan hari ini mengenai beberapa perkara iaitu tujuh cadangan yang menjadi keperhatinan mereka tentang negeri ini.

“Saya mendapati kesemua perkara yang dinyatakan juga sedang dalam pemikiran kerajaan negeri jadi pihak kami akan memerhati perkara ini dengan cukup serius malah idea baru yang bersesuaian juga akan pertimbangkan,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas perjumpaan tersebut berlangsung.

Beliau turut mengharapakan perjumpaan melibatkan agensi tersebut dilaksanakan secara berkala dan berterusan yang bukan sahaja melibatkannya tetapi juga pihak exco dan pegawai tinggi kerajaan.

“Antara yang dibincangkan seperti berkaitan pertanian supaya zon atau kawasan khas ditetapkan untuk tanaman seperti sayuran,buahan dan tanaman lain yang boleh dipertimbangkan dan perhalusi kelak.

“Malah ada juga masalah dibangkitkan yang memerlukan kerajaan negeri untuk berbincang dengan pihak lain seperti hubungan kerjasama, pengangkutan, lebuh raya,perkhidmatan kereta api juga akan diperhalusi,” katanya.

Tambahnya lagi, perbincangan seterusnya akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat supaya Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi para peniaga di negeri ini selain merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Terdahulu PCCCI turut menyumbang sejumlah RM50,000 kepada Tabung Harapan sebagai usaha untuk menyelamatkan negara yang  menanggung bebanan hutang yang tinggi kini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");