Panasnya Hari Ini

Khir Toyo Tawar Diri Tanding MT Umno

SHAH ALAM – Bekas Adun Sungai Panjang, Dr Mohamad Khir Toyo membuat kemunculan semula dengan menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Bekas Menteri Besar Selangor itu yakin pengalaman luasnya dalam setiap peringkat kepimpinan akan memberikan kekuatan kepada Umno untuk bangkit semula bagi memperbaiki masa depan parti dan negara.

“Buat kemunculan semula…saya banyak terhutang budi pada Umno. Bila Umno susah, dihina dan dipersendakan, saya sebagai ahlinya pasti terasa terguris hati.

“Bagi saya Umno tetap kekal seperti dulu, cuma gaya dan corak kepimpinan yang banyak berubah. Setiap perubahan itu ada kesannya. Sedihnya gaya dan corak kepimpinan ini ditolak rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, dalam Facebook miliknya, beliau berharap kemunculan semulanya kali ini mendapat sokongan ramai demi kebangkitan Umno.

“Saya harap sahabat semua boleh bantu saya bukan untuk saya ‘making come back’, tetapi untuk buktikan Umno masih diperlukan untuk membina negara yang lebih baik.

“Orang Melayu masih inginkan dan harapkan Umno,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohamad Khir berkata, kaedah dan juga prinsip perjuangan Umno perlu diubah menjadi parti politik yang kebih inklusif tanpa mengorbankan perjuangan untuk agama dan bangsa.

“Perjuangan Umno mestilah berlandaskan memberi keadilan kepada semua perjuangan membasmi kemiskinan, harus melintasi jalur bangsa mahupun agama, merapatkan jurang ekonomi di antara yang di bawah dan di atas.

“Selain itu, perjuangan Umno juga mestilah merentasi jalur bangsa, pelajari setiap kesilapan dahulu dan jangan diulangi di hari muka, pasti Umno mampu menjadi kerajaan yang lebih (baik) di masa akan datang,” katanya.

Walaupun ramai yang kurang yakin Umno mampu kembali dihormati dan kerajaan Pakatan Harapan akan kekal sebagai pemerintah di negara ini, Dr Mohamad Khir tetap optimis parti Melayu tertua itu mampu bangkit.

Katanya, setiap kerajaan mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri, tetapi selalunya mereka yang berkuasa itu akan lebih angkuh dan terdedah melakukan kesilapan.

“Jika Umno mampu mengekploitasi situasi sedemkian dengan idea bernas dan praktikal, ini akan memungkinkan Umno kembali membentuk kerajaan yang lebih baik untuk negara.

Dalam pemilihan Umno yang berlangsung 30 Jun ini, sebanyak 121 borang pencalonan bagi jawatan ahli majlis tertinggi diterima.

Namun, senarai rasmi calon yang layak bertanding dalam pemilihan Umno bagi penggal 2018-2021 akan diumumkan esok menerusi laman web Umno Online, selepas proses saringan selesai.

Saringan itu termasuk semakan insolvensi oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta mematuhi perlembagaan dan melepasi syarat ditetapkan parti.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");