Berita Hari Ini

Klinik 1Malaysia Ditukar Klinik Komuniti

PUTRAJAYA: Nama Klinik 1Malaysia akan ditukar kepada Klinik Komuniti menjelang hujung tahun ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, klinik itu juga bakal dinaiktaraf menerusi perkhidmatan farmasi, menambah jumlah keluasan dan memperbanyakkan khidmat rawatan lain.

Menurut beliau, pihak kementerian akan melakukan kajian audit mengenai bilangan klinik berkenaan sama ada perlu dikurangkan atau sebaliknya.

“Bagi klinik yang tidak memenuhi kriteria ditetapkan iaitu tidak meraih bilangan pesakit iaitu 50 pesakit orang sehari, ia akan ditutup.

“Sebagai rumusan, kementerian akan mengkaji semula operasi klinik itu mengikut lokasi dan keberkesanan perkhidmatannya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, Dzulkefly berkata, pihaknya akan memasukkan peruntukkan tambahan berhubung cadangan penjenamaan semula Klinik 1Malaysia dalam bajet baharu yang dijangka dibentangkan Julai ini.

-UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");