Panasnya Hari Ini

Ku Li Nak Istikharah Dulu

Beliau berkata akan melakukan solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan.

Katanya faktor usia adalah perkara yang menjadi pertimbangannya walaupun memahami desakan ahli akar umbi yang mahukan beliau bertanding jawatan nombor satu parti itu.

“Saya dah terima pandangan dari keluarga saya dan soalnya, terdaya atau tidak saya hendak pergi 190 kawasan (UMNO) dari semasa ke semasa?

“Sebab itu saya utamakan orang muda tapi saya akan beristikharah tengok apakah panduan diberi.

“Kalaulah ada kecenderungan akan saya akan patuhi,” katanya menjawab soalan hadirin selepas berucap pada program ‘Dilema Melayu Pasca PRU-14 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya Ahli Parlimen Gua Musang itu mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding jawatan berkenaan, sebaliknya mahu peluang itu diberikan kepada golongan muda untuk memimpin negara pada masa hadapan.

“Saya percaya kita ada ruang untuk perbaiki keadaan (parti) tetapi bukan untuk generasi saya.

“Generasi akan datang adalah untuk dipimpin anak muda sekarang dan saya percaya mereka inilah yang patut dipanggil kerana memang layak untuk bina masa depan negara.

“Orang muda adalah yang mempunyai kredibiliti, integriti dan sifat-sifat yang jadi teladan supaya membariskan masa depan yang lebih kuat dan dicintai,” katanya.

BH semalam melaporkan, Ku Li membayangkan sedia menggalas tugas itu jika itu permintaan akar umbi, walaupun beliau sebenarnya lebih suka orang muda untuk memimpin UMNO berbanding orang lama sepertinya.

“Saya (ada) bincang dengan pemimpin muda, satu dua hari lalu (lalu). Anda (pemimpin) orang muda kena tawar diri untuk dipilih akar umbi, baru (UMNO) dapat pasukan orang muda.

“Jangan takut, Allah sentiasa ada untuk membantu. Kita (veteran) semua pun akan tolong bantu. Kita perlukan pasukan baharu.

“Yang lama-lama (veteran) tak usahlah, orang macam saya tak usahlah, kalau boleh,” katanya dipetik sebuah portal, di sini, kelmarin.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");