Berita Hari Ini

Lagi Waran Tangkap Terhadap Jamal

SHAH ALAM – Satu waran tangkap dikeluarkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos kerana gagal hadir pada sebutan kes tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Perintah waran tangkap itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Shah Alam Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin pada sebutan kes itu hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan Jamal menyempurnakan proses jaminan dengan segera.

“Jaminan masih tidak sempurna, tertuduh perlu selesaikan segera,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amira Haziqah Zulkifli memohon mahkamah membatalkan jaminan yang diberikan sebelum ini berikutan kegagalan menyempurkannya.

Bagaimanapun, peguam Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili Jamal membantah dan memohon mahkamah menetapkan tarikh agar anak guamnya hadir.

Justeru, mahkamah menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula waran tangkap.

Mohd Imran ketika ditemui media di luar mahkamah memberitahu, anak guamnya menghadapi tiga waran tangkap.

“Ia termasuk daripada polis,” katanya lapor Sinar Harian.

Pada 25 Mei lalu, Jamal mengaku tidak bersalah memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia didakwa melakukan perbuatan itu hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan jam 10.15 pagi 5 Oktober 2017.

Pendakwaan dikemukakan Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM400 jika sabit kesalahan.

Jamal dilaporkan melarikan diri pertuduhan dibuat terhadap Jamal di sebuah hospital swasta di Ampang kerana beliau sedang mendapatkan rawatan sakit belakang. Namun dia didakwa melarikan diri sebelum menyempurnakan proses ikat jamin.

Kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang hari berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");