Berita Hari Ini

Lim hargai Teguran Anwar Tapi Tetap Dedah Salah Laku BN

Lim mengulas saranan Anwar agar beliau menyerahkan pembongkaran salah laku dan penyelewengan pentadbiran BN kepada menteri lain dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana status menteri kewangan lebih sensitif dan kenyataan yang dikeluarkan memberi kesan kepada pelabur dan pasaran, kata Anwar yang pernah menjadi menteri kewangan dalam wawancara bersama Astro Awani.

Lim bagaimanapun berkata, semua pendedahan skandal kewangan terutama 1MDB di media atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar sendiri sedia maklum tentang perkara itu.

Tambahan pula, katanya lagi, beliau bukanlah perdana menteri yang berkuasa memberi arahan kepada menteri lain.

“Tidak kena pada tempatnya untuk saya mengarahkan menteri lain mendedahkan skandal kewangan kerajaan lama yang berlaku dalam kementerian kewangan yang disandang saya.

“Kementerian saya akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh 100 hari seperi yang diarahkan perdana menteri,” katanya lagi dalam kenyataan.

Anwar berkata demikian ketika mengulas laporan agensi penarafan Moody’s Investors Service yang menyifatkan pertukaran kerajaan mencetuskan ketidaktentuan dasar yang boleh menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi serta menjejaskan keyakinan pelabur asing.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa penurunan saham di Bursa Malaysia akibat tindakan Lim mendedahkan butiran hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Namun tindakan Lim disokong bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz yang berkata ketelusan dan kejujuran berhubung situasi sebenar negara akan membawa kebaikan jangka panjang.

‘Anwar sendiri terkejut’

Lim turut memaklumkan beliau sendiri beberapa kali berjumpa dengan Anwar untuk memaklumkan tentang keadaan ekonomi serta skandal kewangan yang telah berlaku.

“Anwar juga terkejut dengan impak negatif berhubung penyelewengan kewangan kerajaan lama dalam bentuk memalsukan penyata kewangan, menyorokkan fail dan menanda fail penyata kewangan berwarna merah khas untuk orang tertentu (sahaja).

“Rakyat berhak tahu tentang kedudukan sebenar ekonomi dan status kewangan negara. Semasa berjumpa dengan Anwar, beliau sendiri setuju,” kata setiausaha agung DAP itu lagi.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");