Sukan Hari Ini

Lopetegui Bakal Kemudi Real Madrid Selepas Piala Dunia

REAL MADRID mengumumkan jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui, akan menggantikan Zinedine Zidane sebagai ketua jurulatih selepas kempen Piala Dunia Russia.

Zidane membuat pengumuman mengejutkan selepas mengetuai kemenangan Real Madrid meraih trofi Liga Juara-Juara ketiga berturut-turut dengan menjadi keraguan terhadap kemampuan pasukan itu mengekalkan pengembaraan luar biasa sebagai alasan untuk angkat kaki.

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, muncul sebagai pilihan namun telah memperbaharui kontraknya baru-baru ini, lapor Stadium Astro.

Kemelut di Madrid itu bagaimanapun reda berikutan perhatian kini tertumpu kepada kempen Piala Dunia, namun semalam mereka membuat pengumuman mengejut apabila mengesahkan pelantikan Lopetegui sejurus berakhirnya kempen di Russia bersama skuad Sepanyol.

Lopetegui, yang pernah mewakili Madrid sebagai pemain, bersetuju menandatangani kontrak selama tiga tahun di kelab itu selepas menguruskan pasukan senior Sepanyol.

Pengurus berusia 51 tahun itu dilantik Persekutuan Bola Sepak Sepanyol selepas Kejohanan Euro 2016 berakhir kekecewaan disekat dalam pusingan 16 oleh Itali.

Sejak itu, Lopetegui berjaya memulihkan keyakinan pasukan senior negara menjelang Piala Dunia selain tidak pernah tewas di bawah bimbingannya. Untuk itu, Dia ditawarkan lanjutan kontrak selama dua lagi pada bulan lepas untuk berkhidmat sehingga 2020.

Kerjaya kejurulatihan Lopetegui tertumpu di pentas antarabangsa yang menyaksikannya pernah bertanggungjawab terhadap skuad B-17, B-19, B-20 dan B-21 Sepanyol.

Peranan kelab terakhirnya menyaksikan dia mengemudi Porto pada 2014 dan bertahan selama dua tahun, namun ia tidak dianggap sebagai era yang berjaya di kelab itu ekoran kegagalan mereka memenangi sebarang trofi di bawah bimbingannya walaupun menghabiskan sejumlah besar dana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");