Perak Hari Ini

Luahan Rakyat Untuk MB Peja

Peraktoday hari ini ada mendapat pesanan khas dari rakyat Perak yang begitu mengkagumi Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu selepas beliau dipilih untuk menjadi tampuk kepimpinan tertinggi negeri.

Menerusi luahan yang diberi, insan ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahmad Faizal kerana membawa kestabilan dalam pembentukan kerajaan negeri Perak sejak bulan Mei.

“Walaupun pada masa itu, keadaan kelihatan amat tegang serta tergantung dengan keinginan PAS nak jadi “king maker” tetapi dengan kebijaksanaan serta kematangan YB, kerajaan Perak berjaya dibentuk dengan sokongan 2 Adun dari pihak lawan.

“Jasa YB dikenang oleh warga Perak. Itulah sebab berpuluh ribu Perakian berbilang bangsa singgah MAPS menjenguk MB kita dengan rasa kasih sayang sempena Rumah Terbuka Hari Raya.

Katanya lagi, kerajaan Perak dibawah kepimpinan BN sebelum ini tidak pernah mengalami ‘warm welcome’ dari rakyat sebegini.

“Kita ini mengeluh melihat keadaan Kedah dimana pihak lawannya bermain politik nak ugut buat pilihanraya negeri jika dewan speaker tidak dipilih antara pihak pembangkang.

Justeru beliau berharap agar Perak akan bertambah maju berkembang malah semua warga Perak dijaga dan tiada terpinggir dalam soal ekonomi, sosial, kebajikan, kewarganegaraan.

Bagi Peraktoday, luahan dan sokongan dari rakyat seperti ini yang amat diperlukan namun jangan pula lupa untuk menegur mana yang salah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");