shadow

PENYANYI Haqiem Rusli, 20, meminta maaf kepada sesiapa saja yang terasa hati dengan tingkah laku dan apa saja pernah diluahkannya.

Ia berikutan dakwaan mengatakan Haqiem tidak mahu dirinya digelar ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) lagi dan lebih selesa dipanggil ‘Dak Dak Hot’.

Haqiem berkata dia sebenarnya tidak pernah terniat untuk mengguriskan hati sesiapa atau membuat pihak lain tersinggung.

“Saya hanya bergurau dan tidak bermaksud membuat sesiapa terasa hati dengan apa yang dikatakan.

Namun, jika ada yang terasa dan tersalah tafsir denga apa yang dikatakan itu, saya hanya mampu meminta maaf,” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Menurut Haqiem, dia juga sedar karier nyanyiannya baru melonjak popular sejak tiga tahun lalu.

“Saya memang masih baru lagi dan sejujurnya tidak ada masalah langsung jika terus dipanggil BBNU.

“Bahkan, untuk gelaran ‘Dak Dak Hot’ itu pula saya tidak kisah. Bagi saya, terserah pada peminat,” katanya.

Berbicara mengenai karier nyanyiannya yang kini berada di puncak, Haqiem berkata dia bersyukur dan menafikan sudah lupa diri.

Pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli ini memberitahu dia masih lagi seperti dulu dan tidak sombong dengan peminat.

“Saya kalau boleh tidak mahu pun dikaitkan dengan gosip atau cerita sensasi meskipun sedar ia lumrah hidup seorang selebriti.

“Apa yang boleh dikatakan, saya tidak pernah lupa diri dan masih bersikap mesra seperti dulu,” katanya.

Sempena sambutan Syawal ini, Haqiem muncul dalam satu telefilem istimewa, Tergantung Rindu yang dibintangi bersama Wany Hasrita dan Tajul Ariff.

Komen & Pendapat