Berita Hari Ini

Mahathir: Umno Perlu Pulangkan Wang Jika Diambil Dari 1MDB

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak berkuasa telah membekukan akaun Umno kerana mereka ingin menyiasat sama ada wang berkenaan mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

Kata Dr Mahathir, wang milik 1MDB perlu dipulangkan kepada kerajaan.

“Kita perlu tahu dari mana wang itu datang dan sekiranya dari 1MDB, ia perlu dipulangkan,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Langkawi.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, pihak berkuasa seharusnya membekukan akaun peribadi individu berkaitan dan bukannya akaun Umno.

Beliau membidas pasukan petugas khas 1MDB kerana membekukan akaun Umno dan menegaskan bahawa parti itu tidak bersalah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini membekukan kira-kira 900 akaun yang berkaitan dengan 1MDB termasuk akaun utama Umno.

Najib disiasat atas dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram dan penyelewengan dana 1MDB.

Bekas presiden Umno itu konsisten menegaskan beliau tidak bersalah dan menafikan sebarang penyelewengan dana 1MDB.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");