Panasnya Hari Ini

Mahdzir Khalid Tawar Diri Naib Presiden UMNO

Mahdzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan dalam semangat jati diri ahli UMNO serta pendekatan parti berkenaan dalam menghadapi cabaran mendatang memerlukan perancangan dan usaha yang bersifat inklusif serta holistik.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, langkah beliau menawarkan diri bertanding demi kelangsungan, kebangkitan dan pemerkasaan teras perjuangan dalam UMNO.

“Amalan dan corak berpolitik, berorganisasi, bekerja serta bermasyarakat sudah jadi kebiasaan UMNO tapi kurang relevan dan sewajarnya diperbaharui secara menyeluruh bagi memacu teras utama agenda perjuangan demi agama, bangsa, rakyat serta negara tercinta.

“Saya dengan penuh rasa tanggungjawab serta rendah diri ingin berkongsi semangat, idea dan tenaga bagi memastikan parti keramat kita iaitu UMNO terus diperkasa dengan penuh kejujuran dan keinsafan bagi memperoleh kembali kepercayaan majoriti rakyat, “katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Terap.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");