Sukan Hari Ini

Masa Depan Griezmann Diketahui Sebelum Piala Dunia

BINTANG Atletico Madrid, Antoine Griezmann, akan mengesahkan sebarang perkhabaran mengenai masa depannya sebelum bermula saingan Piala Dunia.

Pemain berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona walaupun masih memiliki kontrak bersama Atletico sehingga 2022.

Bagaimanapun, tatkala Piala Dunia 2018 bakal bermula kurang daripada dua minggu, Griezmann mengesahkan masa depannya akan dimuktamadkan sebelum bermula saingan di Russia.

“Ya, ia akan diselesaikan sebelum bermula Piala Dunia,” kata Griezmann selepas menjaringkan satu gol sewaktu menundukkan Itali 3-1, awal pagi tadi,lapor Stadium Astro.

Griezmann menjaringkan 29 gol untuk Atletico bagi musim 2017/18, dimana ia menjadi musim keempatnya bersama skuad bimbingan Diego Simeone.

Perancis berada dalam Kumpulan C Piala Dunia 2018 dan dinamakan selaku pilihan selepas diundi bersama Australia, Peru dan Denmark.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");