Perak Hari Ini

MB Arah PKNP Tolak Semua Cadangan MHB

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumul mengumumkan penolakan terhadap kesemua cadangan yang telah dikemukakan Maju Perak Holdings Berhad (MHB) pada satu mesyuarat agung yang berlangsung hari ini.

Beliau, berkata demikian sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), serta memiliki saham majoriti dalam MHB.

Antara cadangan yang tersebut ialah meluluskan pembayaran Fi Pengarah berjumlah RM386,250 untuk laporan kewangan berakhir 31 Disember 2017 serta meluluskan imbuhan kepada pengarah-pengarah bukan eksekutif dengan nilai mencecah RM150,000 dari 28 Jun sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang.

Usul terhadap lantikan semula tiga pengarah MHB dan mengekalkan kesemua  pengarah bukan-eksekutif, juga ditolak Ahmad Faizal.

“Para pengarah MHB tidak wajar menerima bayaran fi yang besar untuk Laporan Tahun Kewangan 2017, berikutan prestasi yang mendukacitakan apabila mencatatkan kerugian bersih RM 11.01 juta, yang dicatatkan pada laporan tahunan yang sama.

“Untuk imbuhan bagi tahun kewangan 2018, ia mestilah mencerminkan keadaan semasa yang  mencabar.

“Khidmat para pengarah sedia ada juga tidak sepatutnya disambung, bagi memberi laluan kepada perubahan yang selari dengan polisi pentadbiran baharu yang memberi keutamaan untuk memulihkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri, yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan,” jelasnya.

Tambah Ahmad Faizal, tindakan tersebut diambil selepas mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri, amnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, dekat sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");