Perak Hari Ini

MB Jelaskan Mengapa MAPS Dipilih Lokasi Sambutan Hari Raya

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menyatakan pendirian dan sentiasa komited dalam menyelesaikan beberapa masalah yang dialami sistem pentadbiran keseluruhanya, termasuk isu-isu yang membelenggu Taman Tema  Movie Animation Park Studios (MAPS), di Meru Raya.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata ia menjadi salah satu sebab mengapa Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan negeri diadakan di situ, pada 1 Syawal ini.

Jelasnya, walaupun kesemua kawasan taman tema itu dibuka kepada umum namun disebabkan beberapa masalah yang dihadapi pengurusan MAPS, maka terdapat beberapa permainan yang tidak dapat digunakan pengunjung.

“Seluruh kawasan, termasuk di Dream Zone akan dibuka cuma sesetengah permainan itu seperti roller coster dan sebagainya tidak sempat dibuka kerana ada masalah keselamatan dan spesifikasi yang tidak menepati syarat.

“Suka saya menarik perhatian orangh ramai yang hadir untuk melihat tentang apa masalah yang sedang dihadapi MAPS dan saya ingin menunjukkan kepada mereka yang kita sangat komited dalam memperbetulkan kesilapan yang telah dibuat disitu.

“Saya yakin kita akan dapat memperbaikinya dan akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada satu sesi wawancara di Radio Malaysia Perak FM, Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dekat sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut berharap agar para pengunjung yang hadir ke majlis tersebut dapat menjaga kebersihan kawasan persekitaran taman tema tersebut dengan baik.

Katanya, sambutan Hari Raya itu nanti juga merupakan sebagai salah satu langkah kerajaan negeri membantu mempromosikan MAPS kepada pelancong yang datang dari dalam dan luar negeri.

Dijangka majlis tersebut akan menerima sekitar 20,000 orang pengunjung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");