Panasnya Hari Ini

‘MCA Jangan Salahkan UMNO’

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, terpulang kepada MCA untuk mengambil apa saja tindakan jika parti itu berasakan ia tidak perlu lagi bantuan UMNO.

“Ingat bahawa ahli UMNO yang berjuang dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan anda di Parlimen (Ayer Hitam).

“Gabungan ini (BN) bekerja kerana keupayaan kita untuk berada bersama. Namun, jika anda merasakan masa depan MCA tidak perlu lagi dengan bantuan UMNO, maka lakukanlah,” katanya dalam mesej Twitter, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Tulisan itu sebagai menjawab kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menyatakan MCA tidak akan lagi memikul tanggungjawab atas kesalahan UMNO.

Dalam wawancara bersama Sin Che Daily semalam, Ka Siong membayangkan BN tidak lagi seperti dulu dan MCA kini akan membuat keputusan sendiri.

“Bawah pimpinan sekarang, apa saja yang diperkatakan UMNO bukan lagi tanggungjawab kami. Apa saja (hal salah) yang dikatakan bekas menteri dan pemimpin dulu, saya tidak akan ‘membayar’ bagi pihak mereka. Maaf, kami tidak akan lagi berbuat demikian,” kata Ka Siong dipetik.

Azwan berkata sekarang bukan masa parti dalam komponen BN menyalahkan antara satu sama lain. Sebaliknya perlu menanggung kekalahan bersama.

“Ingat bahawa ahli UMNO yang berjuang dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan anda di Parlimen (Ayer Hitam),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");