Perak Hari Ini

Mengapa Zambry Hanya Kecam Dr Azmi?

Seorang demi seorang ahli UMNO nampaknya mula sedar akan relevannya parti itu. Dan di Perak, terbarunya Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali membuat keputusan untuk keluar parti.

Seperti biasa ada sahaja yang keluar parti di masa sekarang sudah tentu akan dikecam namun bagi Peraktoday, dimana relevennya tindakan Dr Azmi sahaja dikecam oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sedangkan ada beberapa lagi ahli UMNO yang keluarkan parti.

Memetik kenyataan Zambry di laman web Malaysian Insight yang menyatakan Dr Azmi membuat tindakan melulu dan tidak berbincang dengannya.

Malah, Zambry dalam masa yang sama turut menangkis dakwaan Dr Azmi yang menyatakan berlaku sabotaj terhadap dirinya sedangkan Zambry sendiri tahu akan persengketaan dalaman yang berlaku di kawasan itu.

Apa yang menjadi persoalan Peraktoday adalah, mengapa Zambry hanya mengecam Dr Azmi sedangkan ketika Datuk Zainol Fadzi dan Datuk Nolee Ashilin membuat keluar parti beliau hanya berdiam diri.

Dan seperti yang orang UMNO sedia maklum, Zainol dahulunya merupakan antara orang kepercayaan Zambry. Namun Zambry masih berdiam diri dengan tindakan Zainol. Mengapa?

Adakah kerana UMNO Perak hanya memerlukan Dr Azmi dan tidak memerlukan Zainol serta Nolee?

Atau Zambry masih belum sedar dari mimpi bahawa UMNO sudah tidak relevan?

Bagi Peraktoday, apalah gunanya Dr Azmi masih setia dengan UMNO sedangkan parti itu sendiri tidak mampu membela beliau. Sedangkan ketika beliau masih lagi sebagai anggota UMNO pun pelbagai konflik untuk mengundurkan beliau berlaku.

Apa-apa pun, dari terus berada dalam UMNO yang tidak hampir rebah, lebih baik keluar sedangkan ia tidak merugikan diri sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");