Perak Hari Ini

Menteri Pertahanan Zahir Takziah Insiden Tentera Maut Dihempap Pokok

IPOH:Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota tentera darat yang terlibat dengan insiden dihempap pokok ketika menjalani operasi kawalan sempadan di Hutan Belum, Tasik Banding, Gerik kelmarin.

Beliau terdahulu mengarahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin untuk memberi segala bantuan kebajikan kepada ahli anggota keluarga mangsa-mangsa berkenaan.

“Ekoran dari insiden anggota tentera darat yang dihempap pokok ketika menjalani operasi kawalan sempadan di Hutan Belum, Tasik Banding, Gerik serta mengakibatkan kematian dua anggota serta kecederaan parah kepada dua lagi anggota pada 25 Jun 2018 lalu.

“Kesemua mangsa tersebut adalah dari Batalion 8 Rejimen Renjer Diraja (8 RRD), Kem Terendak, Melaka dan dijangka menamatkan operasi pada 2 Julai 2018.

“Saya selaku Menteri Pertahanan dan seluruh warga Kementerian Pertahanan ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Koperal Mohamad Safuan Hassan dan Allahyarham Lans Koperal Fahrurozi Abd Manaf  serta berharap keluarga mangsa dapat menerima dugaan ini dengan tabah dan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

“Saya juga mendoakan agar anggota yang cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Gerik, Koperal Mohd Haizol bin Kamsiran dan Renjer William Nisau diberi kesembuhan seperti sediakala,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga akan mengutus surat peribadi kepada ahli keluarga mangsa berkenaan dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");